Ciri-ciri sebuah laman web CMS:
|
|
Tahukah anda?...
Banyak syarikat dan organisasi di dunia memilih CMS Joomla! sebagai laman web mereka. Ini kerana kelebihan Joomla! yang memang sangat praktikal dan mudah diselenggara untuk sesebuah laman web dinamik @ portal @ korporat berbanding aplikasi CMS lain.

Logo rasmi Joomla! ....
Laman web rasmi Joomla! www.Joomla.org
Antara organisasi yang menggunakan Joomla! seperti:
Harvard University (Educational) - http://gsas.harvard.edu
Citibank (Financial institution intranet) - bukan untuk capaian umum.
MTV Networks Quizilla (Social networking) - http://www.quizilla.com
IHOP (Restaurant chain) - http://www.ihop.com
The Green Maven (Eco-resources) - http://www.greenmaven.com
Outdoor Photographer (Magazine) - http://www.outdoorphotographer.com
PlayShakespeare.com (Cultural) - http://www.playshakespeare.com
Senso Interiors (Furniture design) - http://www.sensointeriors.co.za
Sekadar menyenaraikan beberapa organisasi sahaja. Anda boleh melihat senarai pengguna Joomla! yang lain berdasarkan jenis organisasi, anda boleh klik di sini.
...banyak lagi
Memang terbukti keupayaan Joomla sangat mengagumkan selepas anda melayari laman web di atas kan! Anda setuju?
Ohhh... ingat ya!... Joomla! adalah barang PERCUMA! Sesiapa pun boleh memilikinya. Termasuk diri anda sendiri. Adakah anda menjangkakan barang percuma boleh menghasilkan keupayaan seperti ini?
Sesuai dengan kemampuannya, ada di antara laman web tersebut telah diubahsuai (customize) mengikut citarasa organisasi atau syarikat tersebut. Pengubahsuaian tersebut boleh dilakukan menggunakan extension tertentu.
Inilah kelebihan Joomla! Dimana banyak modul dan extension boleh digunakan. Modul dan extension ini boleh didapati di dalam komuniti Joomla! juga secara PERCUMA!.
Antara komuniti dan extension Joomla yang popular ialah seperti community.joomla.org , extension.joomla.org
Mengapa Mereka Memilih Joomla!? Antara Sebabnya...
Sejarah Ringkas Joomla!
Nama "Joomla" diambil daripada perkataan bahasa Swahili (iaitu bahasa satu kaum di Afrika). Maksud Joomla! ialah "mari bersama-sama" atau "secara keseluruhannya".
Kebetulannya pula maksud Joom ini sama seperti bahasa Melayu ya! Apa maknanya tu ya? Bak kata Nabil.. "lu pikir la sendiri!" Adakah kita berasal daripada keturunan Afrika juga? atau maksud ini kebetulan sahaja? ...
Akhirnya nama Joomla ini dipilih bagi menunjukkan komitmen pasukan pembangunan dan komuniti projek berkenaan yang mempunyai ceritanya tersendiri mengenai sumber terbuka dan CMS.
Begini cerita ringkasnya... Joomla sebenarnya adalah keluaran penjenamaan semula CMS bernama Mambo 4.5.2.3 yang dikeluarkan oleh syarikat Miro Corporation dari Australia. Sepanjang penggunaan Mambo, ianya memang popular dan menerima beberapa pengiktirafan sebagai CMS sumber terbuka (open source) terbaik di dunia.
Pada tahun 2005 berlaku pertelingkahan berhubung isu 'sumber terbuka' di antara komuniti Mambo (ketika itu) dan Miro Corporation.
Akibat daripada keadaan itu, komuniti Mambo (yang tidak berpuashati dengan isu tersebut dan beberapa perkara lain) telah menubuhkan satu badan bukan keuntungan lain 'non-profit organization' yang dinamakan Open Source Matters (OSM). Dan mereka telah mengeluarkan satu aplikasi yang sama seperti Mambo tetapi dinamakan Joomla! Maka dengan itu Joomla! adalah di bawah milik kumpulan OSM.
Keluaran pertama Joomla ialah Joomla! versi 1.0 pada 16 September 2005.
Ternyata dari segi popularitinya, Joomla! lebih popular dan digemari penggunaannya berbanding Mambo sejak ianya mula diperkenalkan hinggalah sekarang. Ini kerana Joomla mempunyai komuniti yang aktif dan besar berbanding Mambo. Komuniti ini sentiasa menyumbang sesuatu yang baru untuk pembangunan Joomla! itu sendiri.
Joomla! 1.5
Joomla! 1.5 adalah versi yang terbaru menggantikan Joomla 1.0.
Versi keluaran akan datang ialah Joomla! 1.6 namun ramai yang masih dalam peringkat 'tunggu' dan 'lihat' kerana versi ini mungkin masih belum terlalu dipercayai buat masa ini atau dipanggl versi beta (percubaan).
Tahukah anda Joomla! 1.5 sebenarnya adalah kod yang ditulis semula menggunakan bahasa pengaturcaraan PHP 5 dan pangkalan data MySQL (ianya juga sumber terbuka yang boleh didapati dengan PERCUMA!).
Namun, menggunakan Joomla! tidak memerlukan anda menulis semula sebarang kod-kod pengaturcaraan kerana ianya telah lengkap dengan modul yang siap dipasang dan boleh terus digunakan secara 'plug' & 'play'. Memang mudah untuk membina sebuah laman web profesional dengan Joomla!