Syndicate

Bab 6: Berbual Dalam eKomuniti

  • PDF
  • Cetak
  • E-mail

 

BERBUAL DALAM EKOMUNITIKU (CHATING)

BILIK PERBUALAN

Untuk menyertai perbualan, peserta harus memasuki bilik perbualan terlebih dahulu. Dari sini, maklumat mengenai semua perbualan, masa dan nama bilik perbualan (berdasarkan nama forum) boleh dilihat. Langkah-langkah untuk memasuki bilik perbualan adalah seperti berikut:
1.    Dari menu bar eKomunitiKu, pilih <chating>.
2.    Mengisi borang yang dipaparkan.
3.    Sekarang peserta sudah boleh menyertai ruangan chating.


TETINGKAP PERBUALAN

Tingkap perbualan memaparkan perbualan yang sedang berjalan. Apabila peseta baru masuk ke bilik perbualan, kehadiran serta masa penyertaannya akan dihebahkan kepada peserta lain. Apabila ahli bilik perbualan menghantar mesej, mesej-mesej dipaparkan di dalam tetingkap secara kronologi iaitu yang terdahulu paling atas. Fitur-fitur perbualan boleh didapati dari menu bar bual, di atas tetingkap perbualan.

MENGHANTAR MESEJ

Terdapat dua cara untuk menghantar mesej:
1.    Dari tetingkap perbualan dengan menggunakan kotak teks.
2.    Dari menu bar perbualan dengan menggunakan kotak teks tetingkap karang.

 

Menghantar Mesej Dari Bilik Perbualan

Bahagian atas bilik perbualan (lihat rajah 6.3) mengandungi kotak teks. Untuk menghantar mesej ikuti langkah-langkah berikut:

1.    Taip mesej (maksima 500 perkataan) di dalam kotak teks.
2.    Klik <Hantar> untuk menghantar mesej.


Menghantar Mesej Dari Tetingkap Karang

Tetingkap Karang membenarkan mesej di hantar dengan memperbagaikan opsyen teks seperti saiz, warna, stail dan lain-lain. Langkah-langkah adalah seperti berikut:

1.    Dari menu bar bual pilih <Karang>.
2.    Klik <Clear> untuk mengosongkan kandungan kotak teks. Taip mesej dalam kotak teks.
3.    Masukkan stail teks yang dikehendaki.
4.    Klik <Hantar>. Mesej akan muncul di bahagian atas tetingkap dalam bilik perbualan bersama-sama masa ia dihantar dan nama penghantar.
5.    Klik <TutupKotak> dalam tetingkap tajuk bar untuk tetingkap karang.


Membina Identiti Mesej Perbualan

Kadangkala peserta mungkin ingin menukar warna dan saiz teks dalam perbualan. Ini memudahkan semua peserta mengenakpasti mesej siapa yang muncul sewaktu interaksi yang laju tanpa perlu melihat nama pada mesej yang dihantar.


Mempelbagaikan Teks

Kombinasi warna, stail, saiz dan santakan boleh dibuat untuk teks mesej bagi membina identiti penghantar mesej. Untuk melaksanakannya ikuti langkah-langkah berikut:
1.    Dari menu bar perbualan, pilih <Karang>.
2.    Taip mesej.
3.    Dari tetingkap ,Karang>, pilih salah satu dari yang berikut atau sebarang kombinasi jika ingin lebih dari satu fitur.
i.     Untuk pilih warna teks (ada 16 warna), klik kotak <warna>.
ii.     Untuk pilih saiz tulisan/fon klik kotak <Saiz>
iii.    Untuk pilih teks tebal klik  <tebal>.
iv.    Untuk pilih italik kili <italik>.
v.    Untuk pilih teks santakan klik <tengah>.
4.    Klik <Hantar> untuk menghantar mesej. Mesej beridentiti ini akan muncul dalam bilik perbualan di atas tetingkap dengan masa hantar dan nama penghantar di atasnya.
5.    Klik <TutupKotak> untuk menutup tetingkap <Karang>.

 

Menambah Fitur <Raut>

Cara paling mudah untuk memberi identiti kepada mesej ilah dengan menambah fitur <Raut>. Kotak teks tetingkap perbualan dan tetingkap <Karang> boleh mengandungi <Raut>. Untuk masukkan raut, taip dua aksara seperti contoh berikut tanpa ruang secara sebelah-menyebelah:
: dan ) untuk  :-)
: dan ( untuk
: dan o untuk

MENGHANTAR MESEJ PERIBADI

<Bual> membenarkan mesej peribadi kepada peserta bilik perbualan yang aktif. Bilik perbualan dibuka untuk semua peserta persidngan, tetapi peserta boleh memilih peserta-peserta tertentu sahaj dalam satu sesi perbualan. Dari tetingkap peserta perbualan, peserta boleh berbisisk kepada lebih dari seorang peserta setiap kali. Prosedurnya adalah seperti berikut:

1.    Dari tetingkap perbualan, cari nama peserta yang dikehendaki dan klik ikon <Biik> (awan) pada peserta itu.
2.    Taip mesej peribadi.
3.    Klik <Hantar> untuk menghantar mesej peribadi ke bilik perbualan. Mesej ini akan muncul pada skrin peserta yang dipilih sahaja dengan ikon awan di sebelahnya bersama nama dan masa hantar.


MENAMATKAN SESI PERBUALAN


Untuk mengakhiri perbualan langkah-langkah berikut perlu diikuti:
1.    Dari menu <Bual> pilih <Tutup>.
2.    Pilih <Ya> untuk keluar.