AKTIVITI DALAM EKOMUNITIKU
Pengguna boleh menavigasi dengan cepat dan lihat statistik terkini mengenai aktiviti eKomunitiKu dan pesertanya.
<Pemberitahuan e-mel>
Untuk setiap forum, peserta boleh melihat e-mel jika terdapat mesej baru. Langkah-langkah ialah seperti berikut:
1. Dari menu bar eKomunitiKu, pilih <pilihan Lagi>.
2. Klik <Notis e-mel>. Borang yang mengandungi senarai semua forum dibuka.
3. Untuk melihat notis e-mel apabila mesej baru dihantar.
<Peserta semasa>
Opsyen ini menyenaraikan semua peserta yang sedang berada dalam forum dengan waklu log-masuk,lokasi, dan sambungan hiperlink ke profil peribadi mereka. Senarai ini dikemaskinikan setiap 60 saat. Untuk mendapat maklumat peserta semasa, ikut langkah-langkah berikut:
<Peserta hari ini>
Sama seperti opsyen peserta semasa, opsyen ini menyenaraikan peserta hari. Langkah-langkahnya juga sama Cuma perlu memilih <Online member and guest>.
<Mesej hari ini>
Opsyen ini menyenaraikan semua mesej yang telah di<pos> dengan maklumat mengenai forum, topik, masa dan sambungan hiperlink ke setiap mesej pada hari ini. Opsyen ini merupakan kemudahan yang mungkin akan digunakan selalu kerana ia membolehkan peserta terus diambungkan ke mesej yang dipaparkan dan dihantar hari ini. Untuk mendapatkan mesej hari ini ikuti langkah-langkah berikut:
1. Dari menu bar SidngKom, pilih <Pilihan Lagi>.
2. Klik <Mesej hari ini>. Satu senarai mengandungi mesej-mesej dengan maklumat forum, topik dan masa dihantar akan dipaparkan (lihat rajah 5.4).
3. Untuk membuka mesej, klik pada nama di bawah kolum seubjek.
4. Untuk kembali ke <Mesej hari ini>, klik butang Back pada browser.


