Syndicate

Bab 3: Cara Menyertai Forum

  • PDF
  • Cetak
  • E-mail

MENYERTAI FORUM

Terdapat beberapa jenis forum iaitu i) forum terbuka: sesiapa sahaja boleh membaca dan menghantar mesej, ii) forum dimudahcara: forum yang dikawal oleh pemudahcara untuk memastikan perbincangan difokuskan kepada topik tertentu, iii) forum peribadi: untuk mendapatkan maklumat sahaja. Setelah membaca mesej jawapan. Ini boleh dilakukan melalui menu bar atau menu mesej yang terdapat di bahagian atas paparan mesej.

Fitur-fitur yang terdapat dalam menu mesej adalah seperti berikut:


Atas: untuk ke bahagian paling atas mesej

Pos: untuk membuka topik baru atau <Pos> mesej

Jawab: untuk jawab mesej dalam topik yang sama

Jawab/Quote: untuk jawab mesej tertentu dan memasukkan teks dari mesej tersebut.

E-mel: untuk jawab mesej dengan mengunakan fasiliti e-mel.

Batal: untuk membatalkan mesej yang telah dihantar.

Sunting: untuk membenarkan penyuntingan semula mesej yang telah dihantar.

Sebelum: untuk memaparkan mesej sebelum mesej semasa

Selepas: untuk memaparkan mesej selepas mesej semasa

Topik lepas: untuk memaparkan mesej pertama dalam topik sebelum topik semasa

 

POS TOPIK ATAU MESEJ

Apabila peserta <Pos> sesuatu kepada forum, peserta membuat tambahan kepada topik semasa atau memulakan topik baru. Jika topik belum ada, peserta perlu memulakan topik dengan mengisi borang topik baru seperti dalam rajah 4.2. Prosedurnya adalah seperti berikut:

1.    Pilih salah satu dari tiga cara berikut untuk memaparkan <Pos>.

i.     Pilih <Pos> dari menu mesej atau
ii.    Pilih <Pos> dari menu bar atau
iii.    Pilih <Profil> dari menu bar eKomunitiKu kemudian pilih forum dari senarai profil forum dan klik <Pos> untuk hantar mesej ke forum.

2.    Masukkan nama topik baru dalam ruang topik; kemudian masukkan mesej.

 

Melampirkan Fail Dalam Mesej

Melampirkan fail dalam EKomunitiKu amat berguna untuk membenarkan peserta lain terus mengakses maklumat.

Perkongsian Dokumen

Peserta boleh berkongsi dokumen untuk berkolaborasi dengan peserta lain apabila fail dilampirkan pada mesej dalam forum. Dokumen tersebut sebenarnya disambungkan melalui hiperlink kepada fail yang dilampirkan. Contohnya seorang pelajar menghantar satu mesej bagi suatu latihan berkumpulan. Peserta-peserta dalam forum berkenaan boleh muat turun fail, melihat dan terus menyunting dokumen tersebut dan melampirkan semula dalam mesej balasan.

 

POS JAWAPAN

Menghantar maklumbalas sama seperti menghantar mesej baru. Peserta boleh menghantar maklumbalas kepada mana-mana mesej dalam sesuatu topik. Jawapan akan dipaparkan secara kronologi mengikut yang mana dahulu dihantar. Untuk menghantar jawapan, ikut langkah berikut:

1.    Pilih arahan <Pos jawapan> dari menu mesej untuk menghantar jawapan.

2.    Apabila membalas mesej, eKomunitiKu menggunakan tajuk topik yang sama.

Walaubagaimanapun peserta  boleh menyunting tajuk topik atau menukarnya.

 

MENGHANTAR BALASAN PERIBADI

Sekiranya peserta ingin menghantar balasan secara peribadi kepada seseorang tanpa dilihat oleh orang lain, eKomunitiKu membenarkannya menghantar jawapan secara peribadi melalui mel elektronik. Untuk membalasa secara peribadi, pilih <e-mel> dari menu mesej. Oleh kerana fitur ini menggunakan keupayaan menghantar mel elektronik oleh browser peserta, browser tersebut perlulah di setup  untuk menghantar mel elektronik.

MENYUNTING MESEJ

Apabila peserta telah menghantar mesej, mesej itu boleh disunting dari forum. Walaubagaimanapun peserta hanya boleh menyunting mesej yang dihantar olehnya sahaja. Contohnya, jika peserta menghantar mesej kepada forum dan ingin menukar sesuatu yang ditulis, maka bolehlah disunting mesej tersebut dari forum. Untuk menyunting mesej tersebut ikut langkah-langkah berikut:

1.    Dari senarai forum, cari mesej yang hendak disunting dan klik namanya.
2.    Dari menu mesej pilih <edit>.


MENGHAPUS MESEJ

Peserta  yang telah pernah menghantar mesej boleh menghapuskan mesej tersebut. Cara menghapuskannya:

1.    Dari senarai forum, cari mesej yang hendak dihapus dan klik namanya.
2.    Dari menu mesej pilih <Delete>. eKomunitiKu akan memaparkan mesej untuk memastikan peserta benar-benar ingin menghapuskan mesej tersebut.
3.    Klik <Yes> jika ingin menhapus mesej.
4.    Klik <No> jika ingin membatalkan operasi <Delete>.