Syndicate

Bab 2: Cara Log Masuk eKomuniti

  • PDF
  • Cetak
  • E-mail

CARA LOG-MASUK KE ekomunitiKu


Untuk log-masuk ke dalam ekomunitiKu, nama log-masuk dan katalaluan diperlukan. Daripada skrin pembukaan ekomunitiKu (rajah 2.1). Seseorang boleh log-masuk sebagai Tetamu, Pengguna Baru atau Peserta Berdaftar.

Cara Memasuki Portal

RAJAH 2.1: Skrin Pembukaan Untuk Log-Masuk Ke ekomunitiKu

 

LOG-MASUK SEBAGAI TETAMU

Untuk log-masuk sebagai tetamu. Tetamu boleh meninjau aktiviti dalam forum dan membaca mesej tetapi tidak boleh mengambil bahagian dalam forum.

LOG-MASUK SEBAGAI PESERTA BARU

Peserta baru akan diminta untuk mengisi borang profil atas talian dengan memasukkan maklumat seperti nama log-masuk yang ingin digunakan, katalaluan, nama sebenar dan alamat e-mel. Prosedurnya adalah seperi berikut:
1.    Pada skrin pembukaan klik pada <Login Pengguna>. Borang profil peserta baru akan dipaparkan seperti dalam rajah 2.2.
2.    Masukkan maklumat yang diminta.
3.    Klik <Daftar>.
4.    Skrin pembukaan akan dipaparkan dan peserta boleh mula menyertai ekomunitiKu.

 

RAJAH 2.2: Borang Profil Peserta Baru

 

LOG-MASUK SEBAGAI PESERTA BERDAFTAR

Sebagai peserta berdaftar, hanya nama log-masuk dan katalaluan perlu dimasukkan setiap kali ingin memasuki ekomunitiKu.


LOG-MASUK SEBAGAI PESERTA LAIN

Sebagai peserta ekomunitiKu kadangkala ada keperluan untuk membuka akaun baru dengan nama log-masuk dan katalaluan lain untuk mengambil bahagian dalam aktiviti lain seperti ruangan ‘Chating’. Prosedur untuk mendaftar adalah seperti berikut:

1.    Dalam menu bar ekomunitiKu, pilih submenu <Login Pengguna>.
2.    Pilih log-masuk sebagai pengguna lain dalam <Daftar>.
3.    Isi borang maklumat peserta baru.


MENYUNTING PROFIL PESERTA

Profil mengandungi biodata peserta ekomunitiKu. Apabila peserta  log-masuk buat kali pertama, Peserta boleh mennyunting profil pada bila-bila masa. Caranya ialah dengan memilih <Profil> pada menu bar.

 

MENU BAR eKOMUNITIKU

Menu bar EKomunitiKu terdiri daripada 6 fitur seperti berikut (lihat rajah 3.1):


<Utama>                    : untuk kembali ke laman utama web setelah menyelusuri bahagian-bahagian lain dalam laman web ini.
<Bantuan Atas Talian>  : Panduan atas talian bagi pengguna yang baru melayari laman web ini.
<Forum>                    : memaparkan senarai bilik perbincangan mengikut tajuk dan kategori peserta.
<Galeri Gambar>          : Untuk melihat beberapa koleksi gambar yang di muat naik oleh pengguna.
<Muat turun>             : Kemudahan kepada pengguna untuk memuat turun bahan-bahan yang diperlukan
<FAQ>                       : Soalan-soalan terkumpul yang biasa ditanyakan oleh pengguna sebelumnya dan sudah terjawap.

 

MELIHAT FORUM

Senarai forum memaparkan semua forum di dalam eKomunitiKu (lihat rajah 3.1). Nombor dalam kurungan di sebelah kanan nama forum menunjukkan bilangan mesej yang ada. Mesej baru bagi forum diwakili ikon <Replies> yang dipaparkan di sebelah kanan nama topik forum. Untuk memaparkan senarai topik untuk sesuatu forum, klik pada topik forum untuk melihat sub-topik dalam forum.


RAJAH 3.1: Senarai Forum

 

MELIHAT TOPIK DAN MESEJ

Forum bermula apabila seseorang mencipta topik dan mengeposkannya ke forum tertentu. Peserta lain boleh membalas dengan mengepos mesej jawapan ke topik. Mesej topik akan memulakan forum atau perbincangan dan balasan mesej dari peserta lain akan meneruskan forum. Peserta boleh melihat mesej atau topik dari senarai forum (lihat rajah 3.3).

 

RAJAH 3.3: Mesej dan Topik

 

MEMBACA MESEJ

Peserta boleh mengikuti perbincangan dari mula atau boleh melompat ke mana-mana bahagian seterusnya. Untuk membaca mesej tertentu ikuti langkah-langkah berikut:


1.    Dari senarai forum, pilih forum yang hendak dilihat dan klik nama forum atau kotak perluasan <+>.
2.    Cari topik yang hendak dibaca dan klik topik.
3.    Cari mesej yang hendak dibaca dan klik untuk mempamerkan mesej dalam tetingkap mesej.
4.    Apabila selesai membaca mesej, peserta boleh memilih mesej lain untuk dibaca atau peserta boleh mencipta dan menghantar mesej untuk dipamerkan.



RAJAH 3.4: Contoh paparan mesej

 

MENDAPATKAN BANTUAN ATAS-TALIAN

Peserta boleh mendapatkan maklumat ringkas mengenai cara memulakan dan mengambil bahagian dalam eKomunitiKu melalui fitur <Bantuan Atas Talian>.